Sunday, September 27, 2009

FOREX Trading untuk mendapat keuntungan adalah HARAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahukah anda sebenarnya urusniaga FOREX menggunakan platform di internet untuk mendapat keuntungan adalah HARAM hukumnya.


Sebarang bentuk urusniaga FOREX yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan hukumnya HARAM!!!

Ia terlibat dengan riba' dan gharar, perkara yang amat ditegah di dalam Islam.


Sukar untuk anda terima???

Ya, sememangnya masih ramai umat Islam yang "mempertahankan" bahawa hukum urusniaga ini adalah "HARUS".
Ramai orang hanya memetik hukum "FOREX SPOT" yang harus, seperti pertukaran matawang asing untuk urusniaga perdagangan atau menukar matawang di pengurup wang berlesen untuk keperluan perjalanan. Lalu mereka memanupilasikan hukum itu dengan mengatakan Islam menghalalkan FOREX.
Ada juga yang mengatakan Bank Negara Malaysia "mengiktiraf" urusniaga ini hanya dengan memetik sepotong ayat daripada sebuah artikel di laman web Bank Negara.

Banyak lagi kenyataan yang diputar-belitkan terdapat di laman web promosi kursus, forum-forum dan sebagainya.

Transaksi antara matawang dengan matawang secara tangguh akan menghasilkan ‘Riba an-Nasiah’ yang diharamkan secara sepakat oleh seluruh Ulama Islam. Ia juga adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). 
Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani’, Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya’quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.

Ikuti sedutan rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 27 September 2009.




Anda juga boleh merujuk laman web Ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net)
http://www.zaharuddin.net/content/view/767/#comment85493
dan
http://www.zaharuddin.net/content/view/649/#comment84186


Bukan sahaja hukumnya HARAM di sisi Islam, kerajaan Malaysia melalui Bank Negara juga menegah rakyat Malaysia daripada melibatkan diri dalam bidang ini. Hanya individu atau agensi yang berlesen sahaja dibenarkan membuat urusniaga FOREX.

Fikirlah... usah berikan anak, isteri dan ahli keluarga anda makanan daripada hasil pendapatan yang haram.

Mungkin anda masih memerlukan pendapatan sampingan untuk menyara diri dan keluarga.

Ya, akibat kos sara hidup yang tinggi dan lebih-lebih lagi harga barangan keperluan kerap meningkat saban masa, pendapatan bulanan semakin tidak mencukupi.

Usah babitkan diri lagi dengan urusniaga FOREX yang sudah ternyata HARAM hukumnya.


Marilah kita berniaga dan melakukan perniagaan yang halal